Rabu, 30 Maret 2011

Ada Apa Dengan PERMAI 2011?


Tema : Begin With The End In Mind
Konsep : Baitulmuslim- Sebuah Keluarga Buat Ummah
Tarikh : 24-26 Disember 2011 (Sabtu -Isnin)
Tempat : Wisma Malaysia, Menteng
Penceramah : Ust Hasrizal (saifulislam.com)

PERMAI 2011 meneruskan paradigma PERMAI sebelum ini iaitu seperti di Jogjakarta pada tahun 2008 dan di Bandung pada tahun 2010; dimana kedua-duanya mendapat sambutan dikalangan pelajar Malaysia seluruh Indonesia.

Program yang akan diadakan selama tiga hari dua malam ini, menerapkan konsep seminar interaktif iaitu menekankan kepada para peserta supaya berfikir, memahami perspektif penyampaian, dan seterusnya menggarapkan kepelbagaian idea yang dibincangkan bersama.

Konsep PERMAI 2011 yang membawakan wacana Sebuah Keluarga Buat Ummah ini, akan menerapkan pembinaan Individu Muslim bagi sebuah keluarga, alam perkahwanin yang menekankan prospek pasangan hingga ke syurga, kepentingan keluarga dalam pembangunan Ummah serta pengurusan sebuah keluarga berteraskan manhaj Rasulullah saw dan selari dengan seuasana dunia hari ini.

Melalui slot-slot yang disampaikan penceramah berkaliber, PERMAI 2011 mampu memberi manfaat yang luas bagi seluruh masyarakat khususnya pelajar Malaysia di Indonesia. Turut dijalankan adalah aktiviti-aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Riadah yang membantu bertukar fikiran dan berukhuwwah bersama-sama.

Pembukaan PERMAI 2011

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, 
"Setiap di antara kalian adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan, seorang imam adalah pemimpin akan dipinta pertanggungjawabannya, seorang laki-laki pemimpin atas keluarganya dan akan dipinta pertanggungjawabannya, seorang wanita pemimpin dalam rumah suaminya dan ia bertanggungjawab, dan seorang budak adalah pemimpin dalam hal harta tuannya dan ia bertanggungjawab. Ketahuilah bahwa kalian semua adalah pemimpin dan akan dipinta pertanggungjawabannya."

Dalam pembinaan sebuah ummah, suatu unsur yang sangat penting adalah dengan mewujudnya sebuah kekeluargaan berteraskan nilai-nilai Islam. Keluarga juga merupakan suatu skala mikro dalam masyarakat yang menyumbang besar atas kemajuan dan keharmonian sesebuah lingkungan.

Atas asas itulah, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) mengambil inisiatif meneruskan misi dengan menganjurkan Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI) kali ke-3. PERMAI 2011 akan menghimpunkan pelajar-pelajar Muslim Malaysia yang berada diseluruh Indonesia, bermula dari Aceh hinggalah ke Makassar.

PERMAI 2011 kali ini akan mengambil tema “Begin With The End In Mind”. Ianya merangkumi persediaan seorang mukmin dalam persiapan dirinya, pengurusan fitrah melalui pernikahan, permbinaan dan pembangunan sebuah keluarga serta pengurusan keluarga berteraskan Al-Quran dan As-sunnah.

Semoga usaha ini membuahkan hasil dalam mewujudkan sebuah generasi berteraskan manhaj Rasululllah saw.