Senin, 15 Agustus 2011

Pendaftaran PERMAI dibuka



Pendaftaran PERMAI 2011 dibuka bermula besok 16 Ogos sehingga 23 September 2011. Mohon bagi peserta yang berminat untuk contact Exco Agama PKPMI setiap cawangan atau wakil-wakil di bawah :


Jakarta : Yusran Yusoff [link] 0818 0823 5976
Bandung : Asyraf As'ari [link] 0818 0965 4377
Bogor : Qamarul Hafiz [link] 0878 7060 3181
Inderamayu : Umar Mukhtar 0878 2867 7808
Surabaya : Mohammad Afzal Zulkepli [link] 0838 5600 8791
Malang : Wan Nur Atierah [link] 0857 3603 6677
Jogjakarta : Azizi Azri [link] 0818 0410 4180
Bali : Shahirah Nasir (Naib Bendahari PKPMI Bali) 0819 9907 6442
Palembang : Qusyairi Fakuruddin [link] 0878 9761 6170, +6014 5365420
Medan : Nabilah Abdul Karim (BADAR) [link] 0878 6823 6722
Acheh : Abdullah hakimi (Timbalan YDP) [link] 0819 7374 5868
Pekan Baru : Redzwan Aziz [link] 0812 7516 0373, +6013 3388766
Jambi : Mohd Zulhilmi Mohd Zainudin [link] +6017 7174047, 0819 9440 5404
Padang : Nur Syazwani Abu Bakar [link] 0878 9594 7900
Makassar : Mohd Syaiful Mohd Aris [link] 0856 5685 0087
Solo : Akram Salihin [link] 0819 1432 2343
German-Malaysian Institute : Muhammad Hujjatul Islam Basmullah [link] +6019 3670049

Yuran Pendaftaran Rp 150.000 per orang.
Tarikh tutup pendaftaran 23 September 2011.
Borang pendaftaran akan kami susuli nanti. Terhad 200 peserta (termasuk Komiti PERMAI). Apa lagi, ayuh, daftar nama pada wakil masing-masing.

Senin, 01 Agustus 2011

Biodata Penceramah PERMAI 2011

Biodata Penceramah bagi PERMAI 2011. Tak kenal maka tak cinta. :)


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dan Syariah dari Universiti Mu‟tah, Jordan. Sebelumnya, pada tahun 1988 hingga 1992, Ustaz Hasrizal merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Izuddin Shah. Melalui pengalamannya sebagai Menteri Agama di Pusat Islam Belfast, Ireland Utara dengan mendapat biasiswa daripada The al-Maktoom Foundation, UAE dan beberapa pusat Islam di Republik Ireland. Ustaz Hasrizal juga merupakan Timbalan Pengarah Fitrah Perkasa, yang mana merupakan sebuah syarikat latihan dan perundingan di Malaysia. Beliau juga adalah Visiting Counselor and Muslim Chaplain yang pertama di Institut Jantung Negara (IJN) di Malaysia pada Februari 2007. Kini, Ustaz Hasrizal menjadi pelatih sepenuhnya di syarikah perundingannya sendiri, yaitu Saifulislam Training & Consultancy (001813528-P).

Penulisannya dalam "Aku Terima Nikahnya" merupakan salah satu dari National Best Sellers, yang mana lebih dari 45 ribu buah telah terjual dalam masa dua tahun. Baru-baru ini, Ustaz Hasrizal telah berjaya melancarkan lima buah bukunya yang lain, "Bercinta Sampai Ke Syurga", "Murabbi Cinta", "Rindu Bau Pohon Tin", "Secangkir Teh Pengubat Teh" dan "Transformasi Ramadan". Ustaz juga merupakan kolumnis bagi Majalah ANIS (Galeri Ilmu), Majalah I (Karangkraf) dan SOLUSI (Telaga Biru).

Ustaz Hasrizal telah melangsungkan pernikahannya dengan Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, merupakan Pegawai Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan UKM (UKMCC) dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Saiful Islam (2002), Naurah Sabihah (2004), Muhammad Imaduddin (2006) dan Ahmad Muizzuddin (2009).

Ustaz Salim A.Fillah


Nama diberi adalah Salim A.Fillah, dilahirkan di Yogyakarta pada 21 Maret 1984 dan kini masih menetap di Yogyakarta. Ustaz Salim mendapat pendidikan Sekolah Dasar (SD) di Pergiwatu Wetan, Sekolah Menengah Pertengahan (SMP) N2 Purworejo, SMA N1 Yogyakarta, kemudian melanjutkan pelajaran ke Fakultas Teknik Universitas Gadjah Mada dalam Jurusan Teknik Elektro dan juga sebagai Prodi Psikologi di FISHUM di UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta.

Organisasi dan aktivitas Ustaz Salim A. Fillah antaranya adalah sebagai Ketua II OSIS SMA N1 Yogyakarta, Ketua Komite Da'wah Jaringan Kerja Pelajar Islam, Staf Departemen Pemberdayaan Pelajar LP3M Ash Shohwah, Staf Biro Da'wah Forum Silaturrahim Remaja Masjid Yogyakarta, Departemen Pembinaan KSAI Al-Uswah, Biro Pembinaan Kader Mubaligh Takmir Masjid Jogokarian, Staf Bid. Media Opini DPD PKS Kota Yogyakarta, Sekretaris DPK Bidang Pembinaan Kader DPW PKS DIY, Sekretaris Eksekutif LSDM The Youth Muslim, juga sebagai Presideum LK The Keyborders, dan Pengasuh Program Kajian Pranikah MQ 92,3 FM Yogyakarta.

Banyak buku yang dipublikasikan oleh Ustaz Salim. Antaranya Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan, Agar Bidadari Cemburu Padamu, GueNeverDie, Bahagianya Merayakan Cinta, Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim, Jalan Cinta Para Pejuang dan Dalam Dekapan Ukhuwwah. Ustaz Salim telah menikahi Dwi Indah Ratnawati dan dikurniakan seorang anak yaitu Hilma 'Aqila Mumtaza. Motto hidup ustaz yang patut dicontohi adalah 'Hidupku untukMu, apalagi matiku.