Pengenalan




SEJARAH PERMAI

Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar tentang PUISI di Ireland (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland), PERISTIWA di Australia (Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insan Western Australia), IPIJ di Jepun (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) dengan program-programnya atau JASSI di India (Jalinan Sahabat Seluruh India), ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) dan banyak lagi program-program di luar Negara yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiwa Malaysia yang belajar di sana.

Dan di Indonesia, PERMAI merupakan program yang kurang lebih sama dengan program-program tersebut, mungkin sahaja cara dan isinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan kondisi mahasiswa di sini. Idea untuk mewujudkan PERMAI dicetuskan oleh saudara Isa Azzaki dan sahabat-sahabat dari Jogja dan juga Bandung dengan harapan dapat mendekatkan mahasiswa-mahasiswa muslim di Indonesia terhadap ilmu agama disamping mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa dari berbagai universiti seluruh Indonesia. Sebelum nama PERMAI digunakan, berbagai nama-nama lain telah dicadangkan, antaranya PEMIMPIN, PERMAIDANI dan PUISI dan akhirnya nama PERMAI dipilih, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia.





OBJEKTIF

Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2011 (PERMAI 2011) ini mendukung beberapa objektif yang diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara objektif bagi PERMAI 2011 adalah:

1. Membudayakan Ilmu
Dalam kehidupan global ini, ilmu merupakan suatu aspek yang sangat penting. Justeru, ilmu dalam kekeluargaan Islam perlulah digarap seawal mungkin dalam misi mewujudkan ummah yang bertepatan dengan manhaj yang dibawa oleh Rasululllah saw.

2. Mengeratkan Hubungan Ukhuwwah
Melalui PERMAI 2011 ini, diharap pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Indonesia dapat mengeratkan ukhuwwah sesama Muslim.

3. Membina Insan Berkualiti
PERMAI 2011 ini diharapkan dapat membentuk insan yang mempunyai ilmu, kefahaman dan skill dalam menguruskan diri dan keluarga.

4. Memperkukuh Pembangunan Dakwah
Dakwah merupakan sebuah proses menghidupkan amal Islami, dan menghindari jahiliah. Oleh itu melalui PERMAI 2011, segenap wakil cawangan mahasiswa diharap dapatlah berkongsi idea, merancang dan menggerakkan aktiviti dakwah.