Senin, 09 Mei 2011

Sihatkah imanku?

Source : Murabbi.net


Iman : Assalamualaikum.

Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti. 

Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari en.nafsu?

Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok en.nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat en.nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, en. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga en.nafsu, tak kiralah apa yang berlaku.en.iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-qur?an dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh ceo (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.





Pengajaran:

Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

Kamis, 21 April 2011

our FLYER :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah wa syukur lillah.


'Flyer Anterior'
                                                             
Ini adalah flyer yang telah dibentuk oleh Exco Multimedia Permai 2011. Alhamdulillah. Credits for them! :) 


Tujuan flyer ini hanya untuk mempromosi dan memperkenalkan lagi 'Apa itu PERMAI', 'Untuk siapa PERMAI?', 'Bila PERMAI tu?' dan 'Apa objektif sebenar PERMAI.'

Flyer ini boleh diperbanyakkan untuk tujuan promosi dan sebaran. Mungkin jika ada mana-mana exco agama dari mana-mana cawangan di seluruh Indonesia untuk perbanyakkan flyer ini, kami ucapkan jutaan terima kasih. :) 


'Flyer Posterior'

[Click gambar untuk saiz sebenar]

:)

Sekian. Terima Kasih.
Wassalam.

Rabu, 30 Maret 2011

Ada Apa Dengan PERMAI 2011?


Tema : Begin With The End In Mind
Konsep : Baitulmuslim- Sebuah Keluarga Buat Ummah
Tarikh : 24-26 Disember 2011 (Sabtu -Isnin)
Tempat : Wisma Malaysia, Menteng
Penceramah : Ust Hasrizal (saifulislam.com)

PERMAI 2011 meneruskan paradigma PERMAI sebelum ini iaitu seperti di Jogjakarta pada tahun 2008 dan di Bandung pada tahun 2010; dimana kedua-duanya mendapat sambutan dikalangan pelajar Malaysia seluruh Indonesia.

Program yang akan diadakan selama tiga hari dua malam ini, menerapkan konsep seminar interaktif iaitu menekankan kepada para peserta supaya berfikir, memahami perspektif penyampaian, dan seterusnya menggarapkan kepelbagaian idea yang dibincangkan bersama.

Konsep PERMAI 2011 yang membawakan wacana Sebuah Keluarga Buat Ummah ini, akan menerapkan pembinaan Individu Muslim bagi sebuah keluarga, alam perkahwanin yang menekankan prospek pasangan hingga ke syurga, kepentingan keluarga dalam pembangunan Ummah serta pengurusan sebuah keluarga berteraskan manhaj Rasulullah saw dan selari dengan seuasana dunia hari ini.

Melalui slot-slot yang disampaikan penceramah berkaliber, PERMAI 2011 mampu memberi manfaat yang luas bagi seluruh masyarakat khususnya pelajar Malaysia di Indonesia. Turut dijalankan adalah aktiviti-aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Riadah yang membantu bertukar fikiran dan berukhuwwah bersama-sama.